Sabtu, 10 Mac 2012

SAYA JATUH CINTALAH....

BAB 1

Assalamualaikum... Nama aku Muhammad Hilman Bin Halim. Aku seorang lelaki yang simple. Nak kata aku tampan sememangnya tampan dan segak sekali. Kehidupan aku hanya sederhana sahaja dan tidaklah semewah mana pun. Aku masih mempunyai ibu dan ayah serta adik beradik aku yang lain. Aku anak sulong dalam tiga adik beradik. Bawahku adik perempuan namanya Halina yang masih belajar di UITM shah alam dalam bidang artistik. Manakala adik bongsuku pula bernama Hanie dan masih di bangku sekolah lagi dalam tingkatan tiga. Kiranya aku ini anak sulong tunggal lelaki dalam keluarga. Ibu dan ayahku hanya orang biasa-biasa saja. Ayahku sebagai guru di sekolah menegah dan ibuku pula hanya suri rumah sepenuh masa. Keluaragaku sentiasa bahagia dan penuh dengan setiap kasih sayang yang tidak pernah surut. Walaupun kehidupan keluargaku taklah sekaya mana namun begitu,tetap bahagia. Sekarang aku mahu bercerita tentang kisah hidupku.

" Wei Man. Kata nak pergi makan tapi kau aku tengok bukan main tekun buat kerja. Jom ar pergi makan. Perut aku dah lapar ler." Ajak Azhar kawan baikku dari bangku sekolah lagi. Dia dengan aku sudah lama berkawan. Kami sentiasa bersama tak kiralah waktu susah dan senang.

Aku membetulkan sepit mataku lantas memandang ke arahnya. " Kenapa kau tak pergi makan dulu? Nak jugak tunggu aku. Apalah kau ni Az."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan