Khamis, 15 Mac 2012

GARANG vs BECOK.....(BAB 2)

BAB 2



Akhirnya samapi juga aku office walaupun terlambat dalam setengah jam,tapi tak apalah bukannya aku segaja nak datang lewat ke tempat kerja.Kereta kesayangan aku rosak dekat tengah jalan nak buat lagu mana bak kata cerita Bini-biniku genster..Nasib baiklah tiada orang nampak aku tumpang kereta bos,ini kalau Minah gedik tangkap jiwang nampak pasti bergegar office bila dengar suara germisik gediknya..Eyueeeee!

Sedang aku leka menghadap skrin komputer muncul Nadirah rakan sekerja dan merangkap sahabat baikku.

"Hoiii...Tekun nampak hadap komputer tu? Sampai nak terjuling mata kau aku menengoknya."hanya aggukkan kepala aku sahaja aku mengiakkan.

Nadirah menarik kerusi lalu duduk bertentangan denganku."Wei!..Tadi nape kome lambat datang?"tanya Nadirah dengan lorat peraknya.

Tergendala sekejap kerja aku bila si Nadirah mula bertanyakan soalan menyibuk seperti itu,Ada sahaja yang dia mahu tahu.'memang busy body betul lah Minah ni.'

"Kereta aku buat hal lagilah Dira.Itu aku lambat masuk kerja hari ni."

"Rosak lagi kereta kome tu? Nape tak kabo kat teman boleh teman ambil kome."

ADUHAI!!!......

"Mana teman nak kabo kome, telefon teman nyawa tak ada.Itu teman tak dapat nak call kome."kataku turut sama lorat perak.

"Itulah kome...Teman dah pesan banyak kali kat kome cas telefon tu kome tak nak dengar...Bla..Bla..Bla.."bebel Nadirah panjang lebar serupa seperti Mak Nenek lagaknya.

Aku mengangkat tagan memberi isyarat tanda menyuruh dia berhenti dari terus membebel tak bertauliah.Tidak sanggup dan rela aku mendengarnya naik cair telinga aku dibuatnya.Cemberut muka Nadirah apabila aku meminta dia berhenti membebel.Bukan apa aku malas hendak dengar syarahan tidak bertaulianya itu kerana dia dengan aku sama sahaja dua kali lima, jenis suka membuat sesuatu perkara yang kecil menjadi besar.Dan sebab itulah aku dan Nadirah serasi bersahabat.

"Sudah! Tak usah kau nak buat muka ayam tertelan kapur.Kau datang bilik aku ni kau tak ada kerja ke?"soalku.

"Adalah..."

"Dah tu ada kerja apsal kau datang kat bilik aku? Nak congkel rahsia ke sebab apa aku lambat dan naik kereta siapa ya?"tanyaku cuba serkap jarang.Nadirah bukannya aku tak kenal perangai dia yang suka menyibuk adalah satu hobinya.

Dia tersenyum meleret dengan mata berkelip-kelip."Macam ni aku sayang kat kau Isya..."

"Eleh....! Sudahlah kau."aku mencebik.

Baru sahaja aku hendak menghalau Nadirah dari bilik aku,tiba-tiba muncul  Tuan Aqil Danish bersama muka kelatnya.Sepantas kilat Nadirah mencelinak keluar dari bilik pejabatku apabila wajah Tuan Aqil Danish muncul didepan pintu bilik pejabat.Aku terus menyambung kerja yang tergendala sebentar tadi.

Dia berdehem.."Hmm...Apa you ingat office i ni pasar malam ke nak borak-borak!"terus serta merta jariku berhenti menaip.Terus mataku beralih ke arah matanya.'Dah mula dah nak cari pasal dengan aku bos ni.....'bentak hati kecilku.

"Yelah bos saya tahu syarikat bos ni bukan pasar malam...So tak sesuai nak borak-borak macam kat tepi jalan pasar malam tu."jawabku bersahaja.

"You back later today and one more thing i want you go get the paper this evening's okay."suruhnya dan memberi aku fail kerja yang melambak-lambak.Dengan malas aku mengambilnya.Alamatnya aku kena pulang lewatlah jawabnya..Tuan Aqil Danish memang tak patut denda aku sampai macam ini sekali.Kalau ia pun marah aku sekalipun janganlah hukum sampai begini.Bukan dia tak tahu kereta aku rosak boleh pula beri arahan pulang lewat...'Hisk!!!...Panas hati betul laaa!!!

"Tak payah nak buat muka protes you pada i.Tak ada i nak simpati dekat you okay!..Make sure in o'clock three this paper must be available on the table that i am okay."pesannya dan mengingatkan aku dengan nada serius sekali.

Dengan tak ada perasaan aku menjawab."Yalah bos."

"Good."balasnya dan terus berlalu keluar dari bilikku.

Aku melihat jam ditangan sudah pukul 12.30 tengah hari waktu makan sudah kunjung tiba.Perut aku pula macam tahu-tahu sekarang waktu makan.Mana tidaknya pagi tadi aku tak sempat jamah nasi goreng cina yang mama masak.Patutlah perut aku berdendang lapar minta di isikan.Aku bangun dan terus melangkah keluar ke bilik pejabat Nadirah,Minah ini kalau sudah hadap kerja memang susah nak berhenti makan pun boleh pula tangguh-tangguh.

"Wei Dirah! Jom time of lunch,perut aku sudah lapar tahap gaban ni."ajak aku sambil menggosok-gosok perut yang sudah kebulur tahap cipan ini.

"You wait a while for the little time i finish this job because i want to boss this afternoon."

"Would you be bullied by Mr.Aqil Danish right? I more severe due to the bullying he.Today i got home late because i have to finish all paper work  today and put the sentence to be late to work.No,should Dirah..."cerita aku panjang lebar pada Nadirah dengan muka empat belas.

Berkerut-kerut dahi Nadirah mendengar ceritaku,macam aku sedang mempersembah cerita serius pula gamaknya.Ini yang paling malas aku nak bercakap dengan sahabat aku yang sorang itu.Bila aku bercakap mulalah berkerut dahi.

Hu...Hu...Hu...

"Nak buat macam mana Isya oiii...Okeylah jom kita pergi isi perut dari kita umpat bos garang kau tu.Ha..ha..ha.."pantas tanganku mencubit lengan Nadirah dengan geram sekali.

Terjerit kecil Nadirah bila lengannya jadi mangsa tangan ketam aku."Woiii!!!....Sakitlah mangkuk ayun!"adunya dengan muka berkerut menahan sakit.Aku hanya buat muka selamba sahaja.

"Kalau tahu sakit jangan kau cakap macam tu lagi! Aku tak suka okey."pesan aku padanya.Nadirah menjeling tajam padaku.Marahlah akulah tu.

"Tapikan aku dapat rasa bos Aqil tu suka kat kau lah Isya.Aku ingat lagi masa kau tak datang office dia buat kerja semua tak kena, kadang-kadang tersasul panggil nama aku dengan nama kau aje.Aku rasa dia ada feel dengan kaulah."beritahu Nadirah panjang lebar.Muka aku sekarang sudah membahang kemerahan.Apa lagilah Minah ini melalut? Mahu kena cubit aku lagi ke apa!

Terbantut niat aku nak makan.Aku hanya memesan air sirap bandung sahaja,manakala Nadirah memesan makanan nasi goreng ayam madu dan air jus laici susu.Mana mungkin bos aku yang garang itu ada perasaan dekat aku? Ke Nadirah sahaja reka-reka cerita? Hmm...Pelik bin pelik aku di buatnaya dek Sahabatku yang sengal ini.

"Kau kenapa tak makan,kata lapar tahap gaban tadi?"tanya Nadirah dengan hairan.

"Aku tak ada selera nak makanlah Dirah.Nafsu aku nak makan sudah berterbangan entah ke mana..."Nadirah memandang aku pelik.Dia menoleh  kiri dan kanan aku pin turut terikut buat sekali sepertinya  menoleh kiri dan kanan.

"Apa kau tengok ni Dirah?"

"Aku tengok kalau-kalau ada nafsu kau di bawa berterbangan dengan burung tu."ha..ha..ha..Pandai Nadirah buat lawak antarabangsa pada aku.Memang nak kenalah Minah sengal ini!...Sabar...Sabar...Sabar...

"Dirah betul ke apa yang kau cakap tadi tu? Atau kau saja-saja nak kenakan aku."soalku tanda tidak puas hati.

"Betul Isya...! Dia suka kau cuma dia malu nak luahkan isi hatinya kat kau.Itu sebab dia buat-buat garang dengan kau,pada hal dalam hati dia bukan main dup dap dup dap kat kau."penuh semangat dan emosi dia bercerita.Itulah siapa tak kenal sahabat aku Nurul Nadirah binti Mohd Nazmi kaki tangkap jiwang...

"Kau ni pandai-pandai ajelah....."aku melihat jam di tangan alamak!!!....Aku menunjukkan jam tangan ke arah Nadirah yang masa lunch sudah berakhir.Hah apa lagi kelam kabut Nadirah menghabiskan nasi ayam goreng madunya itu semahu-mahunya.Siapa suruh waktu makan membebel...Aku menggeleng kepala dengan kelakaun sahabat yang sorang ini...


1 ulasan:

  1. Maafla ya...Bahasa Inggeris yang digunakan teruk sangat la...lai kali semak la grammar dulu sblm upload n3

    BalasPadam