Khamis, 15 Mac 2012

GARANG vs BECOK.....(BAB 1)

BAB 1


"Assalamulaikum Mama....Selamat pagi Mama mmuahhh!!!"pantas tubuh mama aku dakap dan pipi mama menjadi sasaran aku...He..He...He...


"Waalaikumusalam anak dara Mama yang comel...Selamat pagi jugak untuk anak dara mama yang nakal ni."balas mama sempat menyakat aku pagi-pagi macam ini.Itulah mama aku mesti ada sahaja benda nak di sakatnya.hmm...mama..mama...mama...


"Hmm....sedapnya bau ma.Apa sarapan mama masak hari ni?Terasa lapar lah pulak perut Adik ni mama bila bau makanan menusuk dirongga hidung Adik ni mama..."tanya aku  manja dengan hidung yang kembang kempis menghidu bau makanan sarapan pagi mama buat.Perhhh!!! Tak tahan rasanya bila bau aroma ini hadir disekitar rongga hidung aku yang comel cengginie...Ha..ha..ha..Terlebih perah santan aku.

"Mama masak nasi goreng cina makanan kesukaan adik dan sebab itulah hidung adik kempis kucup kempis kucup dengan aroma nasi goreng yang mama masak ni."kata mama bersama senyuman yang penuh makna.Aik ayat mama macam perli bin sindir aku aje....kataku dalam hati.

Tidak apalah asalkan mama sayangkan aku cukuplah dan aku sayangkan mama..."Wahhh!!!...ni sayangkan mama lebih ni...mari sini adik nak kiss mama lagi tanda perhargaan terima kasih buat mama kerana masak nasi goreng cina makanan kesukaan adik.Sayanggg mama mmmuuahhh!!!"tak sempat mama hendak mengelak lagi sekali lagi pipi mama menjadi sasaran aku.Hu..hu..hu..Kesian mama asyik kena cium aje dengan aku yang nakal ini.

"Mmm..Selama ni adik sayang mama tak lebih lah ya?Bila mama masak makanan kesukaan adik barulah sayang mama lebih ya?"soal mama lalu terus hilangkan diri di dapur.Hah sudah! Nada ton mama sudah bertukar bunyi berjauh hati.Alahai mama kenapalah mulakan babak sedih cengginie....?mulalah muka aku jadi seposen bin bersalah.

Aku bangun pergi mendapatkan mama di dapur.Sarapan di atas meja aku biarkan sementara waktu apa yang penting mama harus di dahulukan dan pencapaian makan harus kemudian..Eh..eh..eh..Apa pulak aku melalut tak tentu pasal ni?Adeh!!!...Inilah akibatnya buat hati ibu berkecil hati walaupun hanya hendak bergurau sahaja...

"Mama...Adik tak ada niat pun nak buat hati mama tersinggung.Adik mintak maaf ya mama,tolong maafkan adik ya ma.Adik sayangkan mama dunia dan akhirat ma..Sungguh! Adik sayangkan mama dari segalanya.Mamakan mama adik.Maafkan kata-kata adik tadi ya mama."aku memeluk tubuh comel mama bersama dengan penuh kasih sayang.Tiada kata-kata dapat mama ungkapkan hanya balasan dakapan mama sahaja aku merasa.Adik sayangkan mama...Sayang sangattt...luah isi hati kecilku.

Aku melihat jam dinding dapur sudah menunjukkan angka pukul lapan pagi.Alamak! Aku sudah terlewat hendak ke tempat kerja.Sah-sahlah aku kena marah tambah bebel dengan bos aku yang garang macam singa jantan itu.Bos aku kalau marah dan bebel nombor satu patutlah dia tak kahwin-kahwin sampailah nijam [sekarang]...Sobs..!sobs..!sobs..! Sedihnya aku.kutuk aku dalam hati.Aku meleraikan pelukan dengan mama dan dalam kelam kabutnya aku mendapatkan kunci kereta aku diatas meja tv.Tanpa sempat pun aku mengucapkan salam dan cium pipi mama,nasi goreng cina pun aku tidak sempat berjamah kerana sudah terlewat ke tempat kerja.Itulah layan lagi feel pagi-pagi dengan mama kan dah lewat nak pergi kerja.Bebel aku sorang-sorang.

Adoiii!!!....Masa ni pulak kau nak buat hal wahai kereta kancilku..rungutku dalam hati.Aku melihat jam di tangan sudah menginjak pukul lapan lima puluh lima minit.Lagi lima minit nak ke angka pukul sembilan,sudah memang sah dan wajib aku lambat lewat masuk kerja.Adeh!..nape time-time cengginie kau buat hal?masalah negara betul lah kau ni kancil.bebelku sorang-sorang dengan muka blurrrr..."Telefon bimbit pun satu waktu macam inilah kau habis batery kenapalah kau tak teringatkan aku caj nyawa kau hah???"bentakku mencampak telefon bimbit ke dalam kereta.Sedang aku mencari public phone tiba-tiba ada satu kereta mewah BMW warna hitam berhenti betul-betul di sebelah aku.Siapa plak yang berhenti kereta depan aku ni?Taulah kerata kau canggih dari aku nak kerek erk! Marahku dalam hati.

Bagaikan petir halilintar apabila kereta mewah BMW itu adalah milik bos aku.Sepanjang aku bekerja dengan bos aku tidak pernah sama sekali  ambil tahu hal dia secara detail dan apa yang aku tahu bos aku ini garang macam singa jantan hanya tahu nak marah orang sahaja.Sekarang aku tak mahu cerita lebih-lebih lagi.Ini bala besar aku kena menghadap saat ini.Sah-sah memang kena goreng aku.'Mama tolonglah adik ma..hu..hu..hu..adik tak rela kena bebel dengan bos adik.'...sobs!sobs!sobs!..

"Apa you buat dekat sini?You nak ponteng kerja ke cik Aisyah Iman?You tahu tak sekarang dah pukul berapa?I pantang kalau pekerja i datang lewat ke tempat kerja dan langsung tak ada displin dalam kerja!"tanya Tuan Aqil Danish berserta bebelnya pada aku.

"Saya mintak maaf bos.Bukan saya suka-suka nak lewat datang kerja bos ni hah kereta kancil saya buat hal tu saya terkandas kat sini.Nak call bos pun tak boleh sebab phone saya pun bateri dah k.o bos."terang aku dengan selamba badak sumbu tanpa ada rasa gementar pun.Lagipun,aku bukan suka-suka mahu pergi kerja lambat dan curi tulang ini kereta kancil kesayangan aku buat hal pulak dekat tengah jalan.

Tuan Aqil Danish mengalihkan padanganya ke arah kereta aku dengan pandangan sinis.'Mula lerr tu nak kutuk kereta aku.'umpatku dalam hati.

"Hmm...Itukah alasan you?Last weeks you lewat datang kerja you kata dengan i mama you sakit   and today kereta you pulak?How many reason you want give me Aisyah Iman?what's your problems hah...Kereta you ni sepatutnya letak kat kedai besi buruk lagi baiklah!"marah Tuan Aqil Danish sempat selitkan penghinaan pada aku lagi.

Ewahhh!!!...Sudah melampau gamaknya bos aku.Agak-agaklah nak menghina aku sekalipun.Tahulah kereta dia mahal dari aku tapi janganlah pandang rendah dekat kereta aku dan diri aku ini.Alamak ai....Mahu saja aku bagi sebijik penumbuk pada mukanya yang hensem itu biar dia rasa.Sesuka hati tiri akak abag dia nak hina aku.Aku tahulah kau itu bos dan aku ini hanya pekerja bawahan kau.Aduh! Menyirap darah aku dibuatnya dek mulut bos aku yang agak celupar ini.Patutlah tak kahwin sampai sekarang mulutnya mak aiii.... bukan main celupar sekali...

"Bos ni bukan saja-saja memang kereta saya ni rosak dan memang pun saya nak campak kereta saya ni kat kedai besi buruk!Tapi itulah bos saya tak ada kesempatan nak humban kereta buruk saya kat kedai besi buruk.So kereta bos yang mahal ni bagi saya guna ya bos."dengan muka selamba aku berkata tanpa rasa takut dan gementar pun.Orang macam bos aku perlu diajar jangan main tembak orang sahaja.Eeee....bengang aku di buatnya.

Membulat mata bos aku bila aku berkata macam itu,mana tidaknya suka-suka dia suruh aku letak kereta kancil kesayangan aku dekat kedai besi buruk.Apa dia ingat kereta kancil aku ini tiada nilai ke?Kereta kancil aku ini terlalu tinggi nilai harganya tahu!

"Okaylah bos jumpa saya di office nanti ya.Hari ini saya masuk lewat sikit tau,faham-faham sudahlah bos kereta saya rosak.Saya nak ke public phone nak call tukang service kereta kejap."aku memberi senyuman mesra padanya.

Baru sahaja kaki aku hendak mencecah ke pondok public phone kereta mewah BMW milik bos  berhenti betul-betul depan batang tubuhku.'hisk...apa lagi laaa bos aku nak ni'ngomelku dalam hati.

"Sudah!Mari naik kereta dengan i.Sekarang dah lewat nak ke office,kereta you biarkan kat sini nanti ada orang betulkan kereta datang ambil kereta you."beritahu bos aku serius sekali.

toing...toing...toing...

Sampai sudah muka blurrr aku semula,Biar betul bos mempelawa aku naik kereta dia?Tak takut ke jadi gosip dalam office nanti.Hmm tak fasal-fasal jadi hangat dari biasa pula dekat  office nanti.Sudahlah ramai peminat dia dekat dalam office itu.Nanti kecewa pula mereka bila ternampak aku naik kerata dengan bos.

"Apa lagi you fikirkan tu?  Sudah mari naik kereta i,jangan takut tak ada i nak rogol you pun! You bukannya cantik sangat pun!"seratus sembilan puluh darjah tubuhku berpusing menghadap mukanya itu...'Hmm...dah lebih bos aku ne tak habis-habis nak kutuk aku aje! Apa dia ingat aku hamak sangat ke dengan dia!!!....Hmm!'

"Wahhh bos!....ayat kasar nampak? Agak-agaklah bos nak kutuk saya pun.Tersentap hati ni bos."

Selamba gajah dia buat tak endah tak endah sahaja.Lagilah bertambah-tambah hati aku sakit dengan bos aku yang sengal ini.

"Aisyah Iman...Cepat naik kereta sekarang!!!"arahnya tegas sekali.

Segera aku humbankan tubuh aku ke dalam perut kereta BMWnya tanpa sedikit pun memandang wajahnya sudah pun bertukar warna hijau.'Eleh.....! tahulah kau tu bos aku ni kuli kau aje jangan lerr nak kerek dengan aku.'bentak hati aku dengan geram sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan