Khamis, 15 Mac 2012

GARANG vs BECOK.....(BAB 3)

BAB 3


Belum sempat aku nak bernafas suara Tuan Aqil Danish sudah memanggil namaku. Dengan isyarat tangan menyuruh aku masuk ke bilik pejabatnya. Aik...Apa lagilah dia nak dari aku ni? Takkan lambat sikit masuk office, dia nak membebel marah lagi kut? Aduh...!!! Ini yang aku malas nak dengar setiap bebelan dia ni. Dah naik jelak bin muak aku mendengar setiap kali bebelannya itu. Agaknya kalau dia jadi cikgu sekolah confirm semua pelajar bosan mendengar dia membebel. Serasanya telinga boleh jadi cair. Aku merengus marah.

''Ada apa bos panggil saya ni. Kalau bos nak bebel marah saya masuk lambat sikit waktu makan tadi saya mintak maaf lerrr bos.'' Bicaraku panjang lebar dengan muka bersahaja.

Dia berdehem dan memandang ke arah aku dengan wajah serius. kalau nak tahu Tuan Aqil Danish memanag lokek dengan senyuman. Mukanya itu dua puluh emapat jam tak akan garang sahaja dan disebabkan itulah aku namakan dia Mr.Garang.Hmm..kira okayalah. Dari aku namakan dia yang lagi teruk macama mana? Kesian pulak nanti mak ayah dia.Hu..hu..hu..

''You ni kalau bab nak memprotes You lah orang pertamakan. I belum nak kata apa You dah fikir macam tu pada diri I. Apa teruk sangat ke I ni sebagai bos You Aisyah Iman?''

pup!!!!...Hah sudah.. Tuan Aqil Danish mula naik hangin satu badan. Setiap pertanyaan dia aku matikan air sahaja. Barangkali kata-kata aku tadi sudah menaikkan taraf suhu kemarahan dia agaknya. Hisk!!! Aku pun satu hal jugak apsal mulut ini terlalu celupar sangat. Tak fasal-fasal Mr.Garang itu marah. Bebola mata coklatnya merenung aku dengan pandangan tajam sekali dan sekaligus membuatkan jantung aku berdengup kencang. Jangan salah faham pulak. Jantung aku berdengup kencang sebab takut bukan sebab lain-lain yerk... Harap sedia maklum.

'' I tanya You jawablah!!! " Sergah Tuan Aqil Danish dengan marah.

Aku apa lagi mati kutulah dekat situ.Apabila suara dia menyergah aku serupa itu. Mana tak mati kutu aku dekat situ. Dia ni kut yerk pun nak jadi tarzan jelmaan janganlah di sini, pergilah dekat Zoo Negara nun sana itu. Hisk!!!

'' You dengar tak I tanya You apa tadiWhen  I hear question properly please do not fantasize like that huh.Then roared when the face make me angry. ''  Ujarnya dengan  nada tegas sekali.

'' Oraitt bos. " Jawab aku pendek. Serasanya aku tidak sanggup mahu memandang mukanya saat itu. Apa yang aku dapat jangkakan muka dia sudah tentu bertukar warna hijau. Itu aku pasti teramat sangat.

So my answer question please....'' Suara Tuan Aqil Danish meminta perjelasan apa yang dia tanya sebentar tadi kepadaku.

Aku merengus geram. Aduh!!! Malas betul aku nak jawab pertanyaan dia tak seberapa muhasabah itu. Buat aku bertambah biul nanti adalah. Soalan macam bebudak tardikah lagaknya. Huh!!!

" Bos tak teruk pun jadi seorang bos dan bos kepada saya pun. Bos okey dan tiptpo...! '' Jelasku dengan pendek sambil menunujukkan ibu jari kanan ke arahnya.

'' Yelah tu..Entahkan ikhlas entahkan tidaklah hati You tu Aisyah Iman.'' sindirnya pedas.

'' Saya ikhlas bos. Takkan saya tak ikhlas pulak bos. Apalah bos ni.Bak kata mama saya nak puji orang biarlah ikhlas lahir dari hati. Hmm...tu saya puji ikhlas dari dasar hatilah bos." Kata aku becok sekali.

" Sudahlah. You ni suka makan tonggeng ayam erk? '' tanya dia padaku.

Aku mengangguk lurus. Dia tanya aku mengiakkan sahajalah. Tak jawab nanti mengamuk pulak  Mr.Garang ini.

'' Patutlah mulut You becok sekampung. Makan tonggeng ayam rupanaya You ni yerk.'' Ujar Tuan Aqil Danish dengan sinis.

Aku menggetap gigi sekuat-kuat hati.

" Biasalah bos.. Nak buat macam mana,dah mulut saya ni semula jadi meriah sekampung dari mulut macam singa yang tahu nak marah-marah orang baik ada mulut macam saya terhiburlah semua orang.'' Perliku tajam dan menggenakan diri dia. Kalau dia terasa, aku minta maaflah berbanyak yerk. Bukan niat hendak mengutuk tetapi bagi peringatan. Jangan sesedap rasa aji Nomoto nak sindir orang seperti itu. Sebelum nak nilai orang, nilai diri sendiri yang ada kekurangan. Jangan nak pakai sembur sahaja.

" You sindir I ke? '' Soalnya serius.

" Siapa yang makan cili dialah terasa pedas bos. Apa saya tahu, Saya tak ada sindir bos dan siapa-siapa pun. Maaf lerrr kalau kata-kata saya ni buat bos terasa. '' Jawabku dengan muka selamba.

Dia memandang aku dengan bengis. Benganglah tu. Siapa suruh cari hal dengan aku? Tak fasal-fasal sudah terkena. Lepas itu nak hangin satu badan. Eeee!!!

'' sekarang You keluar. Sebelum pukul 8 kertas kerja mesti ada di meja saya. Faham!" Pesannya dengan suara mendatar.

'' Oraitt bos.'' Acuh tak acuh aku menjawab dan terus berlalu keluar menuju ke bilik pejabatku dengan hati membengkak.

Pelik betul aku dengan perangai Tuan Aqil Danish yang satu itu. Sekejap okey sekejap tak okey. Pening aku di buatnya. Aku mengaru-garu kepala yang tak gatal. baru sahaja punggung aku nak mencecah kerusi, wajah Nadirah sudah terjengul depan pintu bilik pejabat aku. Aduh!! Mak nenek ini nak apa lagilah datang  dalam bilik pejabat aku. Nadirah tak ada kerja ke nak buat? Pelik betul aku. Tadi yang seoarang buat aku pening. Ini dia pulak. Alamatnya boleh jadi sawan aku dengan dua karenah manusia itu. Yang sorang Mr.Garang macam singa tak cukup makan, yang sorang lagi Minah 'BB' maksudnya 'busybody' dan itulah nama-nama aku gelarkan. Jahatkan aku.He..he.he..

'' Kau tak ada kerje ke Dirah? " saolku sinis.

Nadirah tersenyum sumbing bila aku menyoalnya. Aku menjeling tajam. Ada sahaja jawapan dia  jawabnya.

'' Ada..Kau kenapa? Tak ada ribut tak ada angin nak marah-marah kenapa? " Soal Nadirah semula.

Aku mengeluh perlahan. '' Tak ada apalah. Cuma aku sakit kepala sikit.'' 

'' Yeke kau ni. Setahu aku kalau sakit kepala mana ada sikit-sikit Isya oiii. Kau ni agak-agaklah nak kelentong aku pun.'' Bebel Nadirah geram.

Alamak aii!!!.. Banyak cekadak pulak Minah 'BS' ini. Ada jugak kena balun dengan aku.

'' Boleh tak kau jangan banyak tanya? Boleh tak?'' pintaku menahan amarah.

'' Alaaa.. Kau ni aku tanya macam tu pun salah ke? " Nadirah tidak puas hati dengan aku.


Aku memberi satu jelingan tajam ke arah Nadirah. Perempuan ni memang banyak songeh betul lah! Ada jugak kena makan sup penampar karang. Aku dahlah tengah hangin dengan Mr.Garang tu! Getusku dengan geram sekali. " Memang salah pun! Sudahlah pergi buat kerja kau tu!" Halauku selamba. 


Nadirah terus bangun dengan muka masam mencuka. Sebelum dia keluar dari bilikku sempat  dia berkata. " Yelah! Siapalah kita ni kan. Nanti dah jadi bini bos lagi besar sombong dia nanti. okaylah aku ciao dulu!" Bagai nak tercabut jantungku pada waktu itu, apabila Nadirah berkata seperti itu dengan mulut tanpa bayar insurans langsung. Aku mengetap gigi. Menahan geram yang teramat. Memang sah nak kena hempuk dengan aku si Minah ni. Tak apa Isya, kau sabar dan cool okay. Tarik nafas dan hembuskan perlahan-lahan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan