Khamis, 15 Mac 2012

GARANG vs BECOK.....(BAB 4)

BAB 4

Alhamdulillah. Akhirnya siap juga kerja-kerjaku. Aku melirik jam di tangan sudah pukul 8.00 malam tepat. Tanpa membuang masa terus kakiku melangkah menuju ke bilik Tuan Aqil bersama fail di tangan. Apa yang berada dalam fikiran aku ialah nak balik cepat. Sudahlah kereta kesayangan aku di workshop.Nampak gayanya terpaksalah aku pulang naik teksi. Harap-harap adalah teksi pada waktu macam ini. Jangan tak ada sudah. Mati kutu aku nanti! Mama pasti risau akan diriku nanti. Bukan aku tak kenal perangai mama. Kalau aku pulang lewat mesti hati ibunya mengelabah semacam. Risau apa-apa berlaku pada diriku. Al-maklumlah anak tunggal perempuan katakan.

Dengan lafaz bismillah aku mengetuk daun pintu bilik Tuan Aqil. Terdengar suara arahan masuk dari dia, Terusku melangkah masuk dengan wajah yang tenang dan cool. Aku melihat dia begitu  tekun membuat kerja.Aku berdehem kecil. " Bos, Ni fail yang bos nak tu. Dah siap saya buat." Aku melatakkan fail di atas meja dia.

Lelaki itu memandangku dengan kedua belah keningnya terjongkit ke atas dan sambil mencapai fail yang kuberi lalu dia melihat dengan penuh teliti. Aku seperti biasalah mempamerkan wajah kebosanan. Lagi satu perangai bos aku sememangnya pelik bin pelik. Kalau dia meneliti semua kerja-kerja yang aku buat bukan main lama lagi. Itu kadang-kala memnuatkan aku menjadi manusia paling bosan. Jika ada yang tak kena mulalah lelaki ini membebel marah itu tak kena, ini tak kena. Boleh gol aku di buat olehnya. Nasib baiklah aku jenis yang penyabar. Penyabar ke? Entahlah! Isya oh Isya...

" Hmm... Good jobs." Hanya dua patah perkataan sahaja yang terkeluar dari mulutnya. Aku Melebarkan senyuman senang. Baguslah kalau lelaki itu tak ada membebel marah. Tak adalah telingaku cair mendengar dia bersajak dan bersyair.

" Kalau macam tu, saya mintak diri dulu yerk bos. Hari pun dah lewat ni. Nanti payah pulak saya nak dapatkan teksi. Kesian mama saya tunggu saya kat rumah." Pamitku dan berkira-kira hendak menapak keluar dari bilik pejabatnya itu.

Baru saja tanganku hendak memegang bongol pintu, aku terdengar suara lelaki itu memanggil namaku. Terus aku memusingkan badan menghadapnya. Tergendala perjalananku di buat oleh lelaki itu. Apa lagi yang dia mahukan pun aku tak tahulah. Aduhai hati! Sabar ajelah...!

" Isya! Tunggu sekejap!"

" Ada apa lagi bos? Saya nak balik ni. Hari pun dah lewat ni bos, nanti lambat pulak saya dapat teksi dan sampai ke rumah. Mama dahlah sorang-sorang kat rumah bos. Kalau bos nak sambung bebel,esok sajalah yerk. Ciao dulu bos." Kataku dengan selamba tanpa memperdulikan siapa dia.Bukan apa, masalahnya sekarang aku kena kejar masa. Sekarang sudah lewat dan tidak elok anak dara sepertiku pulang lewat-lewat malam. Berbahaya. Dahlah teksi dekat tempat kerjaku susah nak dapat.Aku merengus perlahan.

Sedang aku leka menunggu teksi bersama hati yang tidak seberapa tenang. Ada sebuah kereta yang macam pernah aku tengok berheti betul-betul di hadapanku. Aku apa lagi, seperti biasalah timbul muka blurrr. Baru aku teringat itukan kereta Tuan Aqil Danish. Apa dia buat dekat depan aku ni erk? Soalku pada diriku sendiri. Lelaki itu menurunkan cermin keretanya di sebelah kiri.

" Aisyah Iman! Mari naik kereta I. Biar I hantar You balik. Nak tunggu teksi pun entahkan pukul berapa agaknya sampai. Sudah mari naik." Panggilnya dari dalam kereta bersertakan subsidi membebel.

Aku mengaru-garu kepala yang tak gatal.Hatiku berbelah bagi sama ada nak terima pelawaan naik kereta lelaki itu ataupun tak. Bukan aku tidak percaya lelaki itu. Tapi entahlah aku pun tak tahu nak beri jawapan apa. Otakku sekarang beku dan tidak berfungsi dengan waras. ' Tak payah kau nak fikir lagi! Pergi ajelah naik kereta dengan bos kau tu. Bukan dia nak apa-apakan diri kau.' kata hati kecilku. Ada betul juga kata hatiku itu. Arghhh! Lantaklah. Apa yang penting sekarang aku mesti sampai ke rumah. Mama pasti sedang menunggu kepulanganku, kesian mama.

" Apa lagi yang You termenung tu? Tak nak balik ke? Atau You nak bermalam kat sini Aisyah Iman?" Tegur lelaki itu sudah pun berada di sebelahku. Masakan bila dia keluar dari kereta pun aku sendiri tidak sedar. Mana nak sedar. Dah kau asyik sangat mengelamun! Sangkal hatiku.

" Boleh jugak saya bermalam kat sini bos. Ada pakej penginapan lengkap kat sini bos." uajrku dengan selamba badak. Dia memandangku tajam. Aku apa lagi buat-buat tak tahu sajalah.

" Pandai You melawak yerk. Nak tergelak I di buatnya. Sudah jom I hantarkan You balik. Nanti risau pulak mama You." Sindirnya bersahaja dan terus berlalu ke keretanya.

Aku mencebikkan bibir dan dengan rasa malas aku bangun lalu melangkah masuk ke ke dalam perut keretanya bersama muka cemberut. Setiap kata-kata dia sebentar tadi telah membuatkan aku sakit hati yang teramat. Eh! Tadi bukan kau ke yang mulakan dulu? Ni nak salahkan orang lain pulak! Marah hatiku. Aku merengus perlahan. Yelah aku salah! Lelaki tu aje betul. Balasku geram.

Sepanjang dalam perjalanan pulang, aku langsung tidak bersuara sepatah apa pun. Apa yang di tanya aku hanya mengiakkan sahaja. Mulutku rasa terkatup untuk bersuara. Mana tidaknya, hatiku masih panas dengan lelaki di sebelahku ini. Serasanya mahu saja aku berikan sebiji penumbuk pada mukanya itu. Nasib baiklah dia itu bos aku, kalau tak sudah lama kena makan penumbuk denganku. Hisk!!! Aku melihat lelaki itu tenang sahaja membawa kereta tanpa sedikit pun memandang ke arahku. Hmm.. Aku pun tak hingin nak pandang muka dia! Kalau pandang muka dia hanya membuatkan hatiku bertambah panas saja dengan lelaki ini! Tak pasal-pasal temperature aku naik mendadak pulak!

" Rumah You ikut lorong mana ni? Kiri ke kanan Aisyah Iman?" Soal lelaki itu sambil menoleh sekilas padaku.

" Bos masuk ke kiri, lepas tu bos straight aje tak ada belok-belok lagi. Hah depan tu dah rumah saya." Jawabku dengan nada selamba badak.

" Okay." Sepatah sajaha dia membalas.

Akhirnya sampai juga rumahku. Hilang segala perasaan marah apabila terpandang wajah mamaku dihadapan rumah dan menunggu diriku pulang. Tanpa bentah lagi aku terus keluar dari perut kereta Tuan Aqil Danish dan terus mendapatkan mama lantas kudakap tubuh mama dengan begitu erat sekali, sehinggakan aku terlupa satu mahkluk yang sedang memerhati tingkah lakuku. Tidak semena-mena wajahku berubah menjadi merah padam. Pasti lelaki itu telah melihat kelakuanku sebentar tadi. Alamak! Malunya aku..! Inilah padahnya jika terlalu teruja bila nampak mama, mulalah perangai keanak-anakkan muncul tanpa kusedari. Pelukkan mama terus aku leraikan sambil mengaru kepalaku yang tak gatal bersama muka blurrr... Berkerut dahi mama memandangku. Bebola mata mama beralih ke arah bosku dan meminta perjelasanku. Aduh! Hampir aku terlupa hendak memberitahu mama yang kereta kesayanganku masuk workshop. Mesti fikiran mama berfikir lain terhadapku. Baru sahaja aku nak memperjelaskan kepada mama, Lelaki itu terlebih dulu bersuara dan memberitahu mama perkara sebenar dan apa yang berlakau ke atas diriku. Mama melirikkan senyuman penuh makna ke arahku. Mulalah tu mama fikir bukan-bukan!

" Ooo.. Begitu kisahnya. Auntie ucapkan terima kasih bebanyaklah sebab sudi hantarkan anak auntie pulang."

" Sama-sama auntie. lagipun tu tanggungjawab saya sebagai bos auntie." Anak mataku membulat memandangnya. Ceh! tanggungjawab konon! Tanggungjawab taik kucing adalah. Suruh naik kereta dia pun dah membebel itu dan ini, ada hati nak cakap tanggungjawab! Huh! Kumemberi satu jelingan maut kepadanya. Lelaki itu membalas dengan muka selamba tanpa rasa gementar pun denganku.

" Eh, marilah masuk rumah auntie dulu. Auntie siapkan lauk boleh kita makan sama-sama. Lagipun auntie tak makan lagi. Bukan apa tak seronoklah makan sorang-sorang, selalunya nak makan mesti auntie tunggu adik. Marilah." Pelawa mama dengan ramah tamah sekali.

Bagai nak terkeluar jantungku saat itu, apabila mama mempelawa Tuan Aqil Danish makan bersama. Mana mungkin aku nak makan semeja dengan dia. Hisy! Tak mahulah aku. Aku merenung mama dengan satu pandangan simpati. Tak sanggup rasanya nak menghadap wajah lelaki itu.

" Tak apalah auntie. Saya dah kenyang pun. Terima kasihlah auntie. Saya minta diri dululah auntie, hari dah lewat ni. Aisyah Iman saya pulang dulu. Esok jangan lewat datang office okey. Auntie, saya balik dulu. Assalamualaikum." Tolak lelaki itu lembut sambil meminta diri untuk pulang. Serasanya mahu sahaja aku menjerit  kegirangan kerana dia telah menolak pelawaan mama. Sungguh aku bersyukur.

" Yelah. Bebaik drive kereta tu. Waalaikumusalam." Sahut mama dengan nada sedikit hampa.

Setelah kereta Tuan Aqil Danish berlalu pergi, aku memandang ke arah mama lalu bersuara. " Mama kenapa baik sangat dengan bos adik tu? Lebih-lebihlah mama ni."

" Lebih-lebih apanya? Tak faham mama. Salah ke mama baik-baik dengan bos adik tu? Mama tengok bos adik tu baik orangnya. Bertanggungjawab dan bos yang berwibawa tu."  Puji mama melambung-lambung.

Uwekkk!!! Naik kembang tekak aku mendengar segala pujian mama pada Mr.Angry. Baik konon! Simpang maklaikat empat puluh empat tahu!  Depan mama memanglah dia baik tapi belakang mama. Bukan mama tahu pun. Selalu dia membuli anak mama yang comel ini tahu! Halamak....! Perah santanlah pulak kau ni...! Isya...Isya...

" Dahlah mama. Jom masuk. Adik lapar ni." Ajakku dengan nada manja sambil menarik lengan mama masuk ke dalam rumah.

" Adik mandi dan solat dulu. Lepas tu baru kita makan sama-sama okay. Mama tunggu adik." Ujar mama lembut dan terus berlalu ke dapur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan