CERPEN: TIDAK KUPINTA...
HAWA itulah namanya. Seorang gadis berwajah bujur sirih dan memiliki sepasang mata yang sangat cantik. Tidak lokek dengan senyuman, bibirnya sentisa terukir senyuman yang sungguh manis dan ayu sekali. Sesiapa yang memandang pasti akan jatuh hati melihat perwatakannya yang manja.. Bukan itu saja, Hawa tidak berat mulut. Tak kiralah baik tua ataupun muda semuanya dia hormat dan ramah-tamah sekali.Sebab itu orang senang berkawan dengan dirinya kerana sifat Hawa tidak sombong. Hawa melihat jam di tangan sudah pukul 2.30 petang. Sebentar lagi mama dan papa akan pulang. Serasa tidak sabar hatinya menunggu kepulangan dua insan yang amat dirinduinya itu.
" Hawa. Mari makan dulu. Hawa tentu dah laparkan? Mak Mah dah hidangkan makanan untuk Hawa." Suara Mak Mah pembantu rumah Datuk Tan Sri Azhar dan Datin Sri Aisyah.
" Kejap lagi Hawa makan ya. Hawa nak tunggu papa dan mama balik dulu. Terima kasih ya Mak Mah." Tolak Hawa lembut dan seperti biasa bibirnya akan mekar bak bunga terantai, tersenyum sajalah Hawa pada Mak Mah.
" Yalah nak. Kalau nak apa-apa panggil Mak Mah ya nak." Pesan Mak Mah dan terus berlalu menghilangkan dirinya ke dapur.
Tidak samapai beberapa minit kedengaran enjin kereta milik Datuk Tan Sri Azhar di luar. Hawa apa lagi terus berlari-lari anak menuju ke pintu utama rumah itu dan tanpa menunggu lagi tubuh ke dua orang tuanya terus dipeluk dengan begitu erat sekali, melepaskan kerinduan yang teramat sangat. Terkejut Datuk Tan Sri Azhar dan Datin Sri Aisyah. Nasib baik mereka suami isteri tiada penyakit lemah jantung. Kalau tak sudah lama mereka jalan dulu.
" Papa! Mama! Rindunya Hawa...! Rindu sangat-sangat!" luah Hawa dengan nada begitu riang sekali.
" Ya Allah! Bertuah punya anak! Bila anak papa dan mama balik ni? langsung tak beritahu ya?" tanya Tan Sri Azhar lembut.
Hawa melirikkan senyuman. Pertanyaan papanya di biarkan begitu saja. Apa yang pentung sekarang bagi dirinya sekarang adalah kerinduan terhadap ke dua orang tuanya itu. Sungguh dia terlalu rindukan papa dan mamanya. Bukan apa, kalau tak berjumpa pasti hatinya tidak keruan dan tidak menentu. Gelisah semacam saja nanti dirinya. Lantaklah sama orang lain! Nak kata dia ni anak emas katalah! Nak kata dia ni anak manja katalah! Dia tak ambil pusing pun perkara itu. Sementara ada kesempatan, dapatlah Hawa merasa kebahagiaan bersama ke dua orang tuanya. Kebahagiaan sangat penting dalam kehidupan kita sebagai manusia. Setiap kali terpandang wajah orang tuanya, hati Hawa menjadi sebak. Biarlah dia seorang saja yang tanggung dan hadapinya. Dia tidak mahu melihat airmata orang tuanya mengalir kerana dirinya. Tak sanggup rasanya hendak memandang airmata Datuk Tan Sri Azhar serta Datin Sri Aisyah. Biarlah dia seorang sahaja yang laluinya.
" Kenapa anak mama balik tak call mama dan papa dulu? Buat kami risau saja. Hawa balik naik apa? Ryan hantarkan Hawa balik ke?" soal Datin Sri Aisyah bertalu-talu. Ada nada risau di hujung suaranya.
Hawa hanya senyum. Pertanyaan mamanya dia tidak jawab. Kalau beritahu secara berterus-terang tentu Datuk Tan Sri Azhar dan Datin Sri Aisyah membebel marah. Mereka pantang sekali kalau dapat tahu dia pulang menaiki teksi seorang diri. Pasti kena marah sakan. Jadi lebih baik jangan beritahu. Al-maklumlah, sekarangkan banyak kes-kes meragut,rogol dan sebagainya. Itulah yang membuatkan mama dan papa dia risau.
" Alah! Saja Hawa nak berdikari sendiri. Hawakan dah besar mama, papa." ujar Hawa lembut.
" Pandailah dia menjawab! Bagi Hawa dah besar. Tapi bagi mama dan papa, Hawa tetap masih budak kecil lagi tau." Datin Sri Aisyah menarik manja pipi gebu anak bongsunya itu.
" Argh! Sakitlah mama. Hawa dah besarlah mama. Dah 24 tahun tau. Hawa bukan budak kecil lagilah." adu Hawa manja dan menindakkan kata-kata mamanya.
" Yalah! Jom masuk." cela Datuk Tan Sri Azhar dan meletakkan tangannya di atas bahu anak bongsu kesyangannya itu dengan manja sekali.
" Macam mana perniagaan papa? Semua okay tak?"
" Alhamdulillah. Semua okay dan berjalan dengan lancar sekali. Tapi kalau Hawa kerja dengan papa lagi bertambah bagus. Bila Hawa nak kerja dengan papa?" Hawa meletakkan jari di hujung bibirnya yang merah bak buah delima itu sambil berfikir.
" Hawa! Papa tanya ni."
" Ya papa. Hawa dengar. Hmm.. Tengoklah nanti ya papa. Buat masa sekarang Hawa selesa dengan kerja Hawa sekarang pa." jawab Hawa lembut.
" Hmm... Kalau dah Hawa cakap macam tu tak apalah. Papa faham. Tapi, kalau Hawa dah sedia nak kerja dengan papa bagi tau papa ya nak." ujar Datuk Tan Sri Azhar.
Hawa memeluk erat tubuh papanya dengan penuh kasih sayang.Bukan dia tak nak berkerja dengan Datuk Tan Sri Azhar, cuma dia masih belum bersedia lagi. Kalau boleh Hawa hendak hidup berdikari tanpa ada terikat apa-apa. Dia mahu orang-orang sekeliling menerima dirinya hanya orang biasa dan bukan anak kepada Datuk Tan Sri Kalau b. Seorang tokoh koprat yang berkejaya. Kalau boleh biarlah mereka mengenalihya hanya sebagai Nur Hawa binti Azhar. Bukan nama pangkat papanya itu.
" Tengok tu mama. Kita cakap dengan dia, boleh pulak anak awak termenung jauh. Teruk betullah anak mama yang sorang ni." tukas Datuk Tan Sri Azhar dengan nada rajuk.
Datin Sri Aisyah hanya tersenyum. " Anak papa jugak! Mama rasa sama saja brand anak-beranak." usik Datun Sri Aisyah galak.
" Ha..Ha..Ha.. Papa pun kena jugak ya mama." Hawa mencela sambil ketawa lucu apabila melihat wajah papanya sudah berubah merajuk.
" Papa. Janganlah macam ni. Tak tampan tau papa buat muka ala-ala baby face tu." bisik Hawa perlahan di telinga Datuk Tan Sri Azhar.
" Assalamualaikum papa, mama.'' sapa satu suara lembut. tangan ke dua orang tunaya di salam dan cuim penuh hormat.
" Waalaikumusalam." jawab mereka serentak tak terkecuali Hawa.
" Eh! Mama, bila budak hingusan ni balik? Raz tak perasan pulak tadi. Ingatkan bibik baru mana datang ke rumah kita." sakat Haraz sudah tergelak besar.
" Bencilah abang Raz ni! Eee! Tak sayang mulut betul laaaa." marah Hawa menarik muka empat belas.
Haraz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan